PEMBEDAHAN ABAH

9.9.2012....abah akan dibedah hari ini.....aku dan ibu tetap setia berada disisi abah.....1 jam sebelum pembedahan tiba tiba abah berubah fikiran...tidak mahu melakukan pembedahan itu....alasannya ...jantungnya tidak kuat dan paru parunya lemah.......terkedu aku bila abah berubah fikiran....

ditelan mati emak..diluah mati bapa...begitulah seumpamanya diri aku disaat itu.....memang betul apa yg abah kata...jantungnya tidak kuat dan paru parunya lemah...tapi jika tidak dibedah ....abah takkan boleh hidup lama kerana kuman sudah merebak.....tentunya aku sebagai anak akan memilih jalan yg akan boleh memanjangkan umurnya....itulah ikhtiar aku sebagai anak yg amat menyayangi kedua orang tuaku....

para doktor pakar cuba memujuk abah semula agar bersetuju dgn pembedahan itu...akhirnya abah bersetuju....jam 2 petang pembedahanpun dilakukan....aku menanti dgn penuh debaran....jam 5.45 petang pembedahan telah selesai dgn selamatnya....syukur alhamdulillah kepada Allah swt kerana tiada perkara yg tidak diingini berlaku semasa pembedahan...

abah ditempatkan di wad ICU utk tempoh pemantaun sehingga beliau stabil.....aku dgn ibuku bergilir gilir menjaga abah...hari ke 2 selepas pembedahan...abah mula sedar tpi tidak sedar sepenuhnya...mungkin kesan ubat bius....perkataan pertama yg keluar dr mulut abah....adalah AIR....dia minta nk minum air sbb dahaga kerana sejak dr hari sabtu lgi abah x makan dan minum....tpi aku x dpt tuanikan kerana doktor tidak membenarkan...takut kesan tampalan pd perut abah akan koyak semula.....aku pujuk abah agar bersabar...dia hanya mengangguk lemah.....

Comments

Popular posts from this blog